Disini aku nak cerita seram sikit. Cerita pasal kamera berhantu. Ianya terjadi kepadaku & vinna. Kejadian belaku di kajang pada 10.3.2013 semasa aku OTW ke hotel sri petaling KL untuk seminar SRS SNE Marketing. Semasa di tempat kejadian, aku yg memandu vinna dengan kelajuan kurang dari 110kmj tetiba ada sebuah myvi memotong dengan laju dan pada masa yg sama juga aku telah ternampak cahaya putih yang datang dari sisi sebelah kiri vinna. Cahaya itu membuatkan aku terkejut. Cahaya putih itu seakan kilat yg menyambar (padahal cuaca sangat elok). Aku pon tertanya-tanya apakah benda yang aku lihat itu. Aku sebenarnya tak dapat lihat dengan jelas cahaya tersebut kerana tumpuanku pada jalan dan sedikit pada myvi. Fikir punya fikir apakah yang telah berlaku, sampai dah malas nak fikir. Tibalah suatu hari si abang pos telah menghantar surat kerumahku. Aku tak tau surat dari siapa. Aku membukanya dengan penuh suspension. Tetiba aku terlihat gambar vinna berada dalam surat itu. Siapakah yang telah menangkap gambar vinna secara senyap? Aku menjadi seriau dengan perkara ini. Aku beri nasihat pada blogger semua agar behati-hati ketika memandu supaya kejadian yang aneh tidak berlaku. Selepas ini aku akan lebih alert terhadap persekitaran jalan yang aku lalui.
Disini aku attach kan skali surat yang aku dapat tu. sungguh menyeramkan surat ini. Lebih seram lagi jikalau org yg tak beruang yang kena. So, take a good care.

No comments:
Post a Comment