Sunday 26 May 2013

Air cond heat

hi bloggerians.

lama tak jumpa yea, sbb bz dgn tugas harian dan bisnes yg sedang meningkat naik. Al-maklumlah, baru balik dari kursus AMP7 dari DAO yang dikelolakan oleh Richworks SDN.BHD. yang bertempat di SACC. Yang nak dijadikan cerita ni pasal perjalanan pergi kursus ni lah. Kursus selama 3 hari tapi perjalanan selama 4 hari sebab lagi sehari tu hari pendaftaran. masa dinna pergi kursus aku terpaksa menumpang di rumah member yang terletak di taman puncak jalil kira-kira dalam 45min lah nak pi SACC ni. cuaca pulak sangat panas tak kira siang ke malam. masa hari last day tu lah yang kenanya. Air cond panas jer, terpaksa turunkan cermin (tak pernah-pernah turun cermin walaupon waktu pagi). kira first time lah ni. huh, berkuah ketiak. dalam vinna pon dah bau diesel jer (asap lori bagai). esoknya pi lah perodua services nak tanya air cond ada waranty tak. brader tu cakap ada. air cond vinna masih berbaki 2thn 2bln lagi. so, dia arahkan pergi cek kat kedai yang berkenaan.


huh, sempat lagi berposing. sinilah port vinna slalu park time menunggu dinna.


hasil dari perjalanan selama 4 hari. inilah keputusannya dan air cond pon menjadi haba.


sampai je kat kedai air cond tu diorg terus jer cek gas ada lagi ke tak. rupa-rupanya gas dah kosong. kedai ni terletak di jalan muar segamat. nama kedai new federal bersebelahan JPJ lama.


oleh kerana gas dah kosong, diorg amik le lampu suluh untuk mengecek dimanakah punca gas yang keluar.
masa nie masih blur-blur lagi. apakah puncanya kereta x sampai setahun jagung dah rosak aircond.


gambar ni masa dah tahu punca sebenar. tu yang dok buka bumper depan tu.


ingatkan compressor yang rosak, rupa-rupanya benda yang tak mungkin disangka rosak (pipe gas). dah makan dalam tuuu. pipe gas ni memang susah giler nak rosak melainkan ada leaking pada penyambungnya. so, benda ni tak dapat nak claim warranty. harga pipe yang baru ialah rm140 termasuk cas pemasangan.
nak taknak terpaksa le bayor.


inilah punca kerosakan pipe tadi. hella horn yang diletakkan terlalu dekat dengan pipe telah memakan pipe tadi. ini semua salah kedai aksesori yang menggaji pekerja yang tak bertauliah. nasib baik hella horn ni masih berfungsi dgn cemerlang. gambar ni masa sudah diterbalikkan posisinya. jadi jauhlah sikit dari pipe tadi.


dah selesai pasang pipe dan terbalikkan hella horn, gas baru pon dimasukkan. huh, aircond mmg berfungsi dgn cemerlang dan terbilang.


setelah selesai memasukkan gas, air cond pon dibuka macam biasa tak perlu turunkan cermin lagi. disini ada sedikit tips yang diberi oleh sales advisor disitu mengikut pengalaman dan pengetahuan beliau, button A/C tak perlu di on/off selalu. biarkan sahaja ia dalam mode on. jika ingin menghidupkan aircond just pusing button 1234 tu. selalunya orang akan buka air cond paling banyak pon sampai nombor 2 jer. jangan takut nak buka lebih katanya, sebab kalu kita buka lebih takkan menjejaskan compressor. ianya hanya blower sahaja. yang ketiga berkaitan suhu, suhu yang didalam gambar adalah baik untuk perjalanan jauh atau dekat. jika membuat perjalanan yang jauh tidak di syorkan untuk membuka suhu sehingga habis kerana compressor akan menjadi beku jika terlalu sejuk. sebelum ni aku buka separuh jer. S/A tu kata, jika buka tak sampai separuh bermakna aku buka hanya dalam 25 darjah selsius. mcm mana nak sejuk. compressor pon takkan bertahan lama jika aku terus berbuat demikian. jadi, inilah setting yg aku gunakan sekarang, cuma adjust button 1234 jer.

selain dari itu aku sempat juga bertanyakan pasal air cond dirumah. bila masa yang sesuai untuk diservis? beliau cakap, jika jarang on air cond servis perlu dibuat dalam masa 20 bulan sekali dan jika selalu di on dalam masa 14 bulan sekali. berapa pulak kos servis air cond? RM80 untuk air cond biasa dan RM120 untuk air cond Inverter.

ok lah. tu jelah sikit sebanyak tips yang dapat dikongsikan buat kali ini. disini aku juga nak pesan, kalu nak pasang apa-apa atau nak modi kete. pergilah kedai yang bertauliah atau pasang je sendiri.
ok, cau cin cau.


Saturday 20 April 2013

Sunday 14 April 2013

Haunted camera ( kamera berhantu )

Disini aku nak cerita seram sikit. Cerita pasal kamera berhantu. Ianya terjadi kepadaku & vinna. Kejadian belaku di kajang pada 10.3.2013 semasa aku OTW ke hotel sri petaling KL untuk seminar SRS SNE Marketing. Semasa di tempat kejadian, aku yg memandu vinna dengan kelajuan kurang dari 110kmj tetiba ada sebuah myvi memotong dengan laju dan pada masa yg sama juga aku telah ternampak cahaya putih yang datang dari sisi sebelah kiri vinna. Cahaya itu membuatkan aku terkejut. Cahaya putih itu seakan kilat yg menyambar (padahal cuaca sangat elok). Aku pon tertanya-tanya apakah benda yang aku lihat itu. Aku sebenarnya tak dapat lihat dengan jelas cahaya tersebut kerana tumpuanku pada jalan dan sedikit pada myvi. Fikir punya fikir apakah yang telah berlaku, sampai dah malas nak fikir. Tibalah suatu hari si abang pos telah menghantar surat kerumahku. Aku tak tau surat dari siapa. Aku membukanya dengan penuh suspension. Tetiba aku terlihat gambar vinna berada dalam surat itu. Siapakah yang telah menangkap gambar vinna secara senyap? Aku menjadi seriau dengan perkara ini. Aku beri nasihat pada blogger semua agar behati-hati ketika memandu supaya kejadian yang aneh tidak berlaku. Selepas ini aku akan lebih alert terhadap persekitaran jalan yang aku lalui.

Disini aku attach kan skali surat yang aku dapat tu. sungguh menyeramkan surat ini. Lebih seram lagi jikalau org yg tak beruang yang kena. So, take a good care.

Thursday 11 April 2013

Paint job

Salam muhibah 1malaysia.

Rasanye entri kali ni nak tunjukkan gambar ngecat spoiler tapi gambarnya Takde. So, upload jelah gambar sebelum dan selepas. Reasons spoiler dicat ialah diatas sebab-sebab berikut :-

1. Dah lama sangat spoiler tu kale itam (bosan plak tgk)
2. Mcm xde duit plak nak cat spoiler (padahal mls nk bukak).
3. Sbb dah serabut pemandangan, sejak pasang reflector (sebab utama).

Oklah, sini aku tunjukkan gambo vinna.
Tadaaa...gambar before & after.
Kos ngecat dan sume skali Rm50 sahaja. Buka pasang Buat sendiri. Kerja pengecatan dilakukan di dayak auto color fire fly village.







Monday 8 April 2013

Door Lock & Unlock Sound

salam satu malaysia.

entri ni sepatutnya di post sebelum reflector & side marker. tapi apa kan daya telebih sudah. kali ni nak cite pasal car lock sound. memula nak cari car lock sound jer. survey punya survey rupanya dia ada byk jenis. ada yg 2in1 3in1 (mcm kopi uncang daaa) dan lock sound jer. memula survey harga di johor jaya JB. mak dato, punya lah mahal siap pasang RM120 bawak balik, tak tanya pulak. pulak tu cuma ada lock sound & brake lock jer. tak jadi ler nak beli. pastu balik segamat, survey kat segamat 3in1 paling mahal pon baru RM80 (nasib tak beli kat JB) pastu terjumpa lah ngan benda ni. yang paling murah dan terHOT.


Debezt buzzle with light & brake lock. kotaknya tulis for proton car only tapi sticker tu for perodua. konfius aku. huhuhu. harga nya memang terbaik. RM50 jer (bawa balik). pastu aku datang balik kedai tu, sbb tak reti pasang. hahaha. upah pasang cuma RM10 jer.



kedai ini terletak di bandar utama segamat. nama kedai advance accessories. memula kena cabut glovebox duluw, pastu cari socket yang bekenaan. cabut dan pasang lock sound. terus jer menyala double singnal. tapi lock sound belum bunyi lagi sbb belum pasang.

pastu masuk kan wayar melalui lubang yang ada dlm gambar. untuk menyambungkan wayar kepada buzzle.


dah siap sambung wayar pada buzzle, pasanglah buzzle pada besi yang tertera dalam gambar tu. ikat pakai cable tie jer..dah pasang buzzer, mestilah keluar bunyi kan. Bunyi dia lebih kurang mcm ni kalau buka pintu PINK PINK. Kalau tutup plak bunyi skali PINK jer.



Langkah terakhir adalah memasang wayar pada wayar brake untuk menjadikan brake lock. Ada iklan crocs lah pulak.



Ok selesai sudah kerja-kerja pemasangan. Tengok, double signal pon dah menyala sebaik pintu dibuka. Lagi satu kelebihan lock sound ni, bila kita buka lampu dalam kereta pada mode buka pintu, sebelum kita buka pintu lampu tu dah menyala masa kita tekan alarm. Ok sekian.

Saturday 6 April 2013

OLE-OLE (hand fruits) for vinna

OLE-OLE (buah tangan) hand fruits for vinna after tired from traveling.
i give vinna some decoration of hello kitty. let me show you what i give to vinna.


1. hello kitty dashboard mat


tadaaa! dashboard mastered by kitty


2. Hello Kitty Car Perfume 


so cute! when she's sit over there.

Saturday 30 March 2013

Rear Bonet Reflector & Side Marker

Hi, bersua kembali dlm ruangan kereta ku bukan kereta mu. Huhu, mandai je letak tajuk. Puas mencari reflector viva sports, akhirnya terpaksa keluar daerah untuk mendapatkannya. Sudah sepurnama mencari dan sudah sepuluh buah kedai di geledah iaini kedai aksesori, sparepart termasuk kedai potong body. Tak juga jumpa. Dah alang2 keluar daerah, beli lah skali side marker (tujuan asal nak cari reflector). Kedai yang di maksudkan adalah kedai sparepart + halfcut yang terletak di Address: 91-3, JALAN DATO HAJI HASSAN,84000 MUAR JOHOR MALAYSIA. Boleh juga di cari melalui mudah.my taip hh motorsport (company). Kedai tersebut tidak menyediakan perkhidmatan pemasangan, oleh itu bawa ler balik rumah duluw.

Meh jom usha pic semasa pemasangan berlangsung. Kerja kerja pemasangan telah di lakukan di kedai aksesori x-factor auto accessories jalan genuang segamat.


diantara perkakas yang di akan digunakan ialah penubuk lubang, playar, screw driver, ruler, pencil & pemotong wayar (bahasa rojak pulak) huhu... tak lupa juga extension wayar. sbb plug tak sampai.


Memula kasi ukur duluw kawasan yang hendak di tebuk. Lukis pakai pensel jer. Kalu ada pembetulan boleh padam. padam pakai pemadam api. huahuahua


kerja-kerja menebuk lubang sedang giat dijalankan. sian bumper vinna. huhu


mula-mula tebuk lubang bulat-bulat dua ketul untuk menyenangkan pembuatan lubang berbentuk segi empat tepat.


selesai menebuk lubang, side marker pon dipasang dengan cermat dan berhati-hati. tapi malangnya kena ketuk sikit besi body keta tu. kalu tak, side marker tak masuk kedalam lubang dengan sempurna. akan ada sikit terkeluar nanti. sbb side marker tu besar sgt.


alo lao ban 老板 apa hat kasi buka itu tail lamp


oooo. 老板 mau kasi sambung itu wayar pada side marker maaa. tengok, itu mentol sudah menyalainya adoi.


side marker suda siap pasang. moh kita pasang reflector pulak. tuu diaaa menatang reflector viva sports dan lampu LED yang sudah siap dipotong untuk di masukkan di belakang reflector.


gam tambahan perlu digunakan sebabnya gam yang sedia ada bukannya bagus sgt. CAP AYAM! 


dah siap pasang reflector, cari lah wayar untuk menyalakan lampu LED yang di pasang di belakang reflector tuw.


ni gambar masa dah siap sambung wayar. sila kemas kan wayar seperti dalam gambar. cover wayar pakai double side tape jer.


ok. reflector dah lulus dipasang. lepas ni nak buat apa pulak. oh luper. nak tampal sticker nak cover lampu yang pecah.


ni lah cara nya nak cover lampu yang pecah. tampal pakai double side tape duluw untuk cover lubang yang sedia ada (untuk mengelakkan kehadiran ruang kosong selepas menampal sticker).


sticker hitam kilat yang macam cermin tu dipilih kerana beliau yang paling sesuai. selalu sticker ni diorang tampal kat atas bumbung. 


hebat betul 老板 ni tampal sticker, side yang melengkung tuw dia tampal tanpa membuat sambungan sticker.


huh. siap juga tampal. boleh r balik rumah lepas ni. pada awalnya dah malas nak pikir pasal tail lamp ni. nak beli je lampu mira avy. tapi boss kedai hh motorsports tu tak jual lampu jew. dia jual ngan body part skali.


sampai jer rumah, hari pon dah malam. dah alang-alang menyeluk pekasam, ambil ler gambar skali. nah setepek, lampu LED yang tak berapa nak terang, tapi ok ler. side marker berfungsi dengan cemerlang. ok, puas ati. 

ok lah.. ta ta ti ti tu tu