Sunday 26 May 2013

Air cond heat

hi bloggerians.

lama tak jumpa yea, sbb bz dgn tugas harian dan bisnes yg sedang meningkat naik. Al-maklumlah, baru balik dari kursus AMP7 dari DAO yang dikelolakan oleh Richworks SDN.BHD. yang bertempat di SACC. Yang nak dijadikan cerita ni pasal perjalanan pergi kursus ni lah. Kursus selama 3 hari tapi perjalanan selama 4 hari sebab lagi sehari tu hari pendaftaran. masa dinna pergi kursus aku terpaksa menumpang di rumah member yang terletak di taman puncak jalil kira-kira dalam 45min lah nak pi SACC ni. cuaca pulak sangat panas tak kira siang ke malam. masa hari last day tu lah yang kenanya. Air cond panas jer, terpaksa turunkan cermin (tak pernah-pernah turun cermin walaupon waktu pagi). kira first time lah ni. huh, berkuah ketiak. dalam vinna pon dah bau diesel jer (asap lori bagai). esoknya pi lah perodua services nak tanya air cond ada waranty tak. brader tu cakap ada. air cond vinna masih berbaki 2thn 2bln lagi. so, dia arahkan pergi cek kat kedai yang berkenaan.


huh, sempat lagi berposing. sinilah port vinna slalu park time menunggu dinna.


hasil dari perjalanan selama 4 hari. inilah keputusannya dan air cond pon menjadi haba.


sampai je kat kedai air cond tu diorg terus jer cek gas ada lagi ke tak. rupa-rupanya gas dah kosong. kedai ni terletak di jalan muar segamat. nama kedai new federal bersebelahan JPJ lama.


oleh kerana gas dah kosong, diorg amik le lampu suluh untuk mengecek dimanakah punca gas yang keluar.
masa nie masih blur-blur lagi. apakah puncanya kereta x sampai setahun jagung dah rosak aircond.


gambar ni masa dah tahu punca sebenar. tu yang dok buka bumper depan tu.


ingatkan compressor yang rosak, rupa-rupanya benda yang tak mungkin disangka rosak (pipe gas). dah makan dalam tuuu. pipe gas ni memang susah giler nak rosak melainkan ada leaking pada penyambungnya. so, benda ni tak dapat nak claim warranty. harga pipe yang baru ialah rm140 termasuk cas pemasangan.
nak taknak terpaksa le bayor.


inilah punca kerosakan pipe tadi. hella horn yang diletakkan terlalu dekat dengan pipe telah memakan pipe tadi. ini semua salah kedai aksesori yang menggaji pekerja yang tak bertauliah. nasib baik hella horn ni masih berfungsi dgn cemerlang. gambar ni masa sudah diterbalikkan posisinya. jadi jauhlah sikit dari pipe tadi.


dah selesai pasang pipe dan terbalikkan hella horn, gas baru pon dimasukkan. huh, aircond mmg berfungsi dgn cemerlang dan terbilang.


setelah selesai memasukkan gas, air cond pon dibuka macam biasa tak perlu turunkan cermin lagi. disini ada sedikit tips yang diberi oleh sales advisor disitu mengikut pengalaman dan pengetahuan beliau, button A/C tak perlu di on/off selalu. biarkan sahaja ia dalam mode on. jika ingin menghidupkan aircond just pusing button 1234 tu. selalunya orang akan buka air cond paling banyak pon sampai nombor 2 jer. jangan takut nak buka lebih katanya, sebab kalu kita buka lebih takkan menjejaskan compressor. ianya hanya blower sahaja. yang ketiga berkaitan suhu, suhu yang didalam gambar adalah baik untuk perjalanan jauh atau dekat. jika membuat perjalanan yang jauh tidak di syorkan untuk membuka suhu sehingga habis kerana compressor akan menjadi beku jika terlalu sejuk. sebelum ni aku buka separuh jer. S/A tu kata, jika buka tak sampai separuh bermakna aku buka hanya dalam 25 darjah selsius. mcm mana nak sejuk. compressor pon takkan bertahan lama jika aku terus berbuat demikian. jadi, inilah setting yg aku gunakan sekarang, cuma adjust button 1234 jer.

selain dari itu aku sempat juga bertanyakan pasal air cond dirumah. bila masa yang sesuai untuk diservis? beliau cakap, jika jarang on air cond servis perlu dibuat dalam masa 20 bulan sekali dan jika selalu di on dalam masa 14 bulan sekali. berapa pulak kos servis air cond? RM80 untuk air cond biasa dan RM120 untuk air cond Inverter.

ok lah. tu jelah sikit sebanyak tips yang dapat dikongsikan buat kali ini. disini aku juga nak pesan, kalu nak pasang apa-apa atau nak modi kete. pergilah kedai yang bertauliah atau pasang je sendiri.
ok, cau cin cau.