Tuesday 27 November 2012

diy carbon sticker

kali ni aku nak wat sikit diy untuk door handle. diy ni dibuat sbb nak kelihatan seperti viva elite.
gunakan carbon sticker white colour. kalau guna black colour nant masa dah siap, kelihatan mcm viva 660 plak. elok-elok blh lawan elite. jatuh saham le plak. huhuhuhu.....


mula-mula sediakan white colour carbon sticker, gunting dan pen (kalau boleh pen hello kitty) baru ada feel nak melukis nant. tu pen tau, bukan pensel tekan.


BISMILLAAHIR ROHMAANIR ROHIIM
then, lekapkan sticker kat door handle untuk mendapatkan ukuran yang perlu dipotong. kalau boleh potong ikut ngam² ukuran permukaan rata. tak payah kelepet kedalam, nant takut sticker tak melekat dengan baik. 


dah dapat ukuran yang dimahukan, lukis lah untuk pintu yang lain pulak. lukis dengan teliti tekun dan sabar. cekalkan hati menempuh dugaan ini walaupon tidak professional dalam bidang lukisan.


dah siap lukis... jangan lupa pulak, pintu sebelah kena lukis terbalikkk.


jeng jeng jeng...tu dia. sticker yang dah siap dipotong dengan kemas lagi mengancam kalbu.


apa lagi, bersih kan duluw door handle sebelum menampal sticker. pakai tisu jamban pon boley. kalau nak begitu detail dan puas hati, polish larh duluw. confirm takde bubble.


proses menampal sedang dijalankan. tak payah pakai air sabun pon boley. hot gun dan hair dryer pon tak diperlukan.


dah siap tampal pintu sebelah penumpang hadapan. lepas satu azab. sebab cuaca dah nak panas masa ni.


pintu sebelah driver pula telah dapat disiapkan dengan kemas dan teliti. tanpa sebarang gangguan mahluk halus.


tak ketinggalan, tempat tutup minyak petrol pon di tampal carbon sticker. (dah takde keje sangat lah tu)


ALHAMDULILLAH
inilah hasilnya. lebih kool dari viva elite. jikalau tengok secara live lebih tampak jelas perbezaannya. apatah lagi merasakan teksturnya, tentu tidak mahu melepaskan door handle tersebut. makanya duduk sahaja diluar. tak payah masuk. huhuhu...

Tuesday 20 November 2012

orange sticker installed

setelah beberapa hari menggunakan sticker orange yang tak berapa nak orange tu akhirnya aku menukar jugak sticker tu. sebabnya sticker tu kelihatan tak begitu menarik tertarik dan cun.


ni sticker yang lama. tgk color dia.


yang ni plak color yang baru. dark orange.


ni plak gambar siap model  dari sudut depan


signal belakang pon dah tukar color


ni view dari jauh sikit


kan color dia dah terang sikit. baru lah jelas sikit dari jauh.
baru lah mataku tak sakit lagi memandang sticker yg tak berapa nak orange tu.




head lamp signal alza style

kali ni aku nak tunjuk gambar sticker orange yang ditampal pada lampu depan. aku tgk ramai juga pengguna viva letak sticker orange. macam-macam fesyen dan gaya diorg letak. jadi, aku pk 1 idea yang cun utk vinna. aku taknak sama ngan viva lain. aku dapat idea nak tiru alza punya signal.


ni gambar masa nak install sticker orange tu. ramai pekerja yang tgk daaaaa... sbb permintaan pelik yang tak pernah diorg dapat kot. diorg pula lupa lampu signal alza mcam mana bentuknya. tuu yang tengah bincang skit tu.


last-last diorg wat bentuk mcm ni sbb nak ikut bentuk reflector head lamp tu. tapi still gaya mcm alza.

 
tgk lah bentuknya. lebih kurang kan. cuma sticker orange jer tak sama color. nant akan ku tukar pada sticker orange yang sama color.

Wednesday 7 November 2012

YRV spoiler with light

kali nie aku nak taip pasal spoiler yrv. sesudah sebulan mencari spoiler ni baru r dapat. beli dari mudah.my tapi aku COD kat tangkak. nego punya nego dapat lah RM160. color ok lagi. color itam metallic, lampu pon menyala dengan cemerlang. terang! lampu toyota tapi spoiler cop D.

masa aku nak install spoiler ni. aku letak duluw atas bonet dan tekan skit supaya skru pada spoiler tu membuat marking pada bonet. pastu tebuk lubang pada bonet dengan menggunakan drill.



lepas tu tarik wayar dari lampu brek tambahan yang sedia ada dan sambungkan ke spoiler. lepas tu pasang double side tape di sekeliling tempat skru tu. dah tu, pasang nat skru.



akhir skali pasang getah yang menutup lubang yang ada pada bonet sebelah dalam kereta.


jadi, inilah hasilnya. pandangan dari bucu belah kanan. nampak mcm spoiler spoon honda bullet. 


pandangan dari belakang yang buat smart ni. kalau pakai spoiler ni kete kita tak nampak londeh. mmg padan  lah kalau pakai. takde r nampak mcm atap rumah jer.


takde r jongket mana pon. sikit jer. sesuai lah nak cover body kete yg nampak londeh tu. kalau ramai duduk blakang lagi nampak londeh dan mcm buaya..


terangkan lampu dia. siap blanja lampu signal lagi. huhuhu. dah ada dua lampu brek tambahan, tak payah lah nak pakai lampu led yang tiga segi tu. blink blink, wat sakit mate jer...

aku suke spoiler ni sbb dia nampak comel. ok! nanti ada duit lebih baru cat dia color ivory white.
ok beye! last sekali aku nak cakap.

ORANG DOK NENGOK JER KO NI


Tuesday 6 November 2012

new door visor n plat no.

selepas dua hari dicium syaitan. aku pon pergi ke kedai aksesori kete bukan aksesori gurl-gurl yer. tujuan aku pegi kedai aksesori tu sbb nak tuka no plat yang trendy skit ngan nak pasang door visor mugen yg dah ditempah dengan harga RM50 jer. 


amacam door visor mugen. smart tak? shape dia mcm ada potong angin skit, tu yg membuatkan aku nak pasang kat vinna. mase sebelum pasang, aku lentur dan pulas door visor tu duluw untuk memastikan material yang digunakan adalah meterial yang berkualiti. warna door visor tu bukan warna hitam mati mcm yang low cost punya. warna dia boleh tahan lama tokey kedai tu ckp.


license plat holder bahagian depan aku tuka kepada 4 segi tepat. guna pakai plat holder kereta lama. masih ada cop race rally research. tapi skang dah buang cop tu, tu trade mark proton. mana boleh pakai kat perodua. tapi ada juga banyak kali aku jumpa org pakai sticker R3 kat windscreen perodua. mmg tatau asal usul lah tu...huuhuhu. susah jugak nak pasang plat holder tu, sebab lubang skru yang ada tak boleh guna, tak sama ngan lubang skru yang kat bumper tu.


plat holder blakang pon kena tukar daaa....aku boleh tak bawak pulak plat kete lama punya. kalu tak, recycle jer. kan dah terbang RM15. aku pon tatau yg plat perodua bagi tu dia pakai double side tape jer. aku fikir dia mcm yg aku pakai tu.


kalau dah buat sesuatu benda tu, tak sah kalau tak buat aktiviti sampingan. rase² korang apa sebab kena buka bumper tu. nak tuka horn daaa... malu giler kalu nak tekan horn original. rasanye anjing pon tak nak beralih kalu kita horn dia. bunyi dah ler tak kuat tak best plak tu. TIN TIN. jadi aku telah menukar kepada horn jenama HELLA dengan bunyi FON FON, mcm BM horn tu. pemasangan horn nie tak payah tambah relay. PnP jer.


satu pasang kat tempat asal yang kembar dia pulak kena pasang kat sebelah hadapan penumapang. kena tarik wayar panjang sikit daa....upah pasang sajer adalah RM15. kerja nampak mudah tapi staff dia yg buat susah. berejam aku nunggu kat situ.


inilah hasilnya. plat blakang yang dah ditukar. nampak r bergaya skit. takde r standard buta jer.
lupa nak bg tau rege plat ni. RM50 jer. siap tampal sticker carbon color itam tau!


plat dah tuka. bonet blakang tu mcm kosong plak. nak cari spoiler r pulak. entri yg akan datang mesti entri pasal spoiler plak kan...ok bye

Monday 5 November 2012

kissing by satan

baru seminggu bergelar tuan kepada kete baru, aku telah di gemparkan dengan perkara yang tak diingini oleh  sesiapapun. vinna telah digores seperti topup kad hotlink. huh...betapa bisanya hatiku bagai digores sama. tapi aku masih kool walapun tak berkawan dengan mat kool. tetaaapi, kool aku bersifat sementara sbb aku tak boleh nak tahan lagi kemarahan aku. takut nanti, dibuli sampai tua. aku telah betengkar ngan jiran aku. aku memang suspek giler² dia yang punya angkara kerna kete lama aku juga menjadi buruk akibat digores ditempat yang sama iaitu dibucu bumper hadapan. kete lama aku juga pernah mengalami kepatahan side mirror sebelah kiri. agak payah juga lah pandu kete takde side mirror ni. tak semudah pandu lalu kat mcd.
ada hikmahnya aku memaki jiran aku tu. lepas kejadian tu diorg dah buat muka bera jer @ toya. aku pula jeling tajam jer. kalau tak duluw muka dia mcam sial babi.



inilah dia rupa kesan degil yang telah hinggap di vinna. disebabkan kejadian tersebut tak semena² aku terpaksa membeli wax berjenama kit untuk menghilangkan kesan hitam ditepi kesan gores tu.
sakit pula ati mengingatkan kejadian tersebut. maka dengan ini aku pon dah takde mood nak menaip lagi.

vinna X hello kitty

setelah beberapa hari menunggu tinted melekat dengan cemerlang, tibalah masa untuk aku melaksanakan misiku iaitu menampal sticker cermin dan patung hello kitty pada vinna. sebenarnya semua collection hello kitty aku dah memang sedia ada di rumah (not brand new item). aku memang banyak koleksi kucing putih bereben tu (hello kitty lover). meh tinjau-tinjau skit apa yang dah menyemakkan keadaan kete ku.


ini dia KEY OF SUCCESS (kalau takde bende ni, tak berjalan le vinna ku). patung bereben yang comel ni diambil dari bakul hantaran wife aku masa wedding day duluw.


windscreen di tampal dengan sticker hello kitty menunggang dolphin dan aku menggantungkan hello kitty face  berbentuk bantal di cermin pandang belakang. bahagian dashboard aku tak letak apa² sebab taknak semakkan pemandangan. just simple n nice.


bahagian tempat duduk belakang. plastic pada seat memang tak buka lagi sampai sekarang (NOV 2012)


saje jer bagi nampak serabut. sebab takde org nak duduk seat belakang tu.


inilah sticker yang dah bertahun aku peram, akhirnya tertampal jua. patung tu pula aku beli kat jeti di langkawi. ada lambang sauh kat muka kitty tu. budak lelaki tu pulak anak sedara wife aku. sibuk jer nak inter frame.


sayang. muka kitty tak berapa jelas sebab tinted agak gelap sedikit.


inilah hasilnya. tu jer yang termampu buat masa tu kerana bulan puasa daaa.......tapi skang dah disusun lebih rapi dan kemas. ada penambahan bantal dan kotak tissue.

ok lah, cukup buat kali nie. penat dah menaip. ok ok ok okkkk.....(macam johan raja lawak)

baby vinna 1st view

setelah sebulan menunggu kedatangan baby vinna akhirnya penantian pon berakhir apabila sales women telah memberitahu kedatangan baby vinna pada tanggal 18.7.2012 (early morning). dengan sepantas kilat aku pon memberitahu sales women akan mengambil kereta pada pukul petang (around 4 o'clock). sales women berkata :-o kalau awak nak ambil kete petang ni takut tak sempat nak bawak pegi tinted mirror mirror on the car. aku pon jawab :-) takpe kak, biar saya yg bawa. nanti saya cuti 20.7.2012 (friday, 1 day before fasting). wife aku masih tidak mengetahui berita gumbira itu dan petangnya, aku telah mengsuprise kan wife aku. tapi dia tak terkejut pon sbb dia dh agak dh. sbb kedatangan vinna mencurigakan.(like a kidnapper)

pada malam kejadian aku telah menghadirkan diri ke pasaraya untung orangramai untuk membeli gebo buat baby vinna (don't have garage in the house). balik jer dari pasaraya tersebut, aku terus selubung vinna dengan gebo yang berharga RM30++ tanpa menghiraukan antenna radio. sekali esok pagi my wife buka selimut, antenna dh patah daaa...cian botul.



so so so, aku terpaksa beli antenna baru. aku memilih untuk memakai antenna yg lebih smart dan selamat iaitu kepunyaan kereta Proton Saga Blm. Sorry to say lah yer, Viva original punya mcm joran pancing jer...huhu


antenna BLM tu tak lah mahal sangat. harga mampu milik tuuuu. RM15 jer.

selepas menginstall antenna baru, aku terus ke kedai aksesori kereta yang ditetapkan oleh sales women untuk memasang tinted mirror mirror on the car.


pemasangan tinted sedang dijalankan. penapis filem yang dipilih ialah warna hitam 50% dengan dua lapisan supaya warna lebih tahan lama dan lebih kool dari mat kool walaupon cuaca panas terik menerik.



AMARAN! jangan hidupkan suis pemanas cermin selama dua minggu dan jangan turunkan cermin tingkap dalam masa tiga hari selepas penapis filem dipasang. maka tergendalalah rancangan aku untuk memasang sticker pada cermin. takut nanti penapis filem tu tak lekat dengan sempurna.

Alang-alang dah pegi kedai aksesori tu, aku suruh lah dia pasang sticker carbon untuk menceriakan vinna ku.
sementara tu aku survey sekali harga door visor ngan no plat.


kerja-kerja memasang stiker di lampu signal untuk lapisan kedua


inilah hasilnya. sticker carbon yang mengikut shape bumper senyum dan stiker kuning yang menutupi signal dan lampu reverse (they don't have orange sticker lorrr).



grill pon turut ditutup dengan sticker carbon supaya tampak berbeza dengan kereta lain.

oklah. sampai sini saje post untuk kali ini dimasa akan datang, akan ada update dari aku lagi...
tungguuuuuuu.........