Tuesday 15 January 2013

3rd Services + Deco Stickers

post kali ni aku nak cerita pasal 3rd services vinna. pada 7.1.2013 aku telah mengambil cuti untuk membawa danish pergi check up. dah alang-alang cuti, aku bawalah vinna untuk diservis. belum sampai due date dan 10,000km sudah di bawa untuk servis sebab bawa pon dah tak syok. bawah ni ada sedikit pic yang nak dikongsikan bersama.


jumlah km masa 3rd services. belum mencecah 10,000km. almaklumlah jarang keluar daerah.


servis yang akan datang. masih tersalah tulis lagi. aku pon konpius, bulan 4 atau 7? tapi aku rase² bulan 7 sebab aku suruh dia guna minyak 10,000km





sedikit sebanyak gambar semasa servis kali ketiga di pusat servis segamat.


masa servis tu aku ternampak sticker ni terlekat di pintu pejabat di situ. aku pon tanya ler brader yang bertugas di situ, sticker tu ada lagi tak. kalau ada aku nak. dia pon bagi dua keping.


balik jer aku terus nak tampal kat cermin belakang vinna. untuk mengelakkan menghalang pemandangan, aku tampal ler sticker tu dekat lampu ketiga.


aku pon buka ler lampu ketiga ni untuk memudahkan kerja² menampal sticker. nak kena umpil ngan skru driver leper baru nak tanggal. 


skru yang telah dibuka, letak disini takut ilang.


adjust duluw, nant senget tak lawa.


kalau rase² ada baloon, pakai ler kad bonus link untuk rata kan sticker tu.


dan inilah hasilnya bila dah siap ditampal. lampu brek ketiga dah di cover oleh sticker tu. takde r nampak serabut sangat. banyak sangat lampu brek. 


yang ni pulak sticker kegelapan cermin. tujuan tampal sticker ni, nak nampak mcm kete import jepun ler kononnya. mcm kete wish, harrier dan estima. terlupa plak, mcm mira avy pon boleh juga. yang penting jangan salah tampal sticker ni. selalu sticker ni ditampal di bahagian tepi bawah sebelah kanan. sticker hijau diatas dan sticker bintang biru di bawah. (macam dalam gambar tu)


memandangkan kat vinna ni takde sticker bulat² yang ada banyak logo tu. so, aku tampal ler sticker bulat logo kepala kitty ni. (carbon sticker yang telah di print dengan logo kepala kitty).


sticker ni plak di tampal untuk mengcover kecalaran. tetapi sticker ni mcm tak seswai ler. tapi tampal jelah. malas nak pi tempah khas.


ni pulak dapat secara tak sengaja di 7 eleven. takde niat pon nak benda ni. juruwang tu sibuk bagi. amik jelah.


sticker m7 ni pula nak cover bahagian yang telah dicium oleh syaitan. huhu


sticker ni jer yang takde nak cover apa². saje je tampal kat situ. nak bagi lawa skit dari kosong jer takde apa²


yang ni memang dah lari tajuk. tabung tu dapat kat giant. dalam dia ada biskut nini cekelat celop². tabung ni harga dia RM12.99. dah ori sanrio, beli jelah.

ok lah, takat ini sajelah post buat kali ni. nant aku uplod lagi gambar² update yang lain.

Thursday 10 January 2013

monster in the car!

itu ari singgah di masjid jamek segamat untuk solat asar. tinggallah si baby ngan mummy dia dlm vinna. nak solat, henpon pon malas nak bawa. tinggalkan skali. dah selesai solat tgk ada benda yang tak kena pulak dlm vinna. balik rumah, godek² henpon, ada pulak pic ni.


gambar sebelom. (pose comel lah kononnya)


gambar selepas. (muka bangga jer)

geram betul tgk. geram kat org yg amik pic ni.  nak wat mcm mn, mmg dh bb mcm tu. redha jelah.