setelah sebulan menunggu kedatangan baby vinna akhirnya penantian pon berakhir apabila sales women telah memberitahu kedatangan baby vinna pada tanggal 18.7.2012 (early morning). dengan sepantas kilat aku pon memberitahu sales women akan mengambil kereta pada pukul petang (around 4 o'clock). sales women berkata :-o kalau awak nak ambil kete petang ni takut tak sempat nak bawak pegi tinted mirror mirror on the car. aku pon jawab :-) takpe kak, biar saya yg bawa. nanti saya cuti 20.7.2012 (friday, 1 day before fasting). wife aku masih tidak mengetahui berita gumbira itu dan petangnya, aku telah mengsuprise kan wife aku. tapi dia tak terkejut pon sbb dia dh agak dh. sbb kedatangan vinna mencurigakan.(like a kidnapper)
pada malam kejadian aku telah menghadirkan diri ke pasaraya untung orangramai untuk membeli gebo buat baby vinna (don't have garage in the house). balik jer dari pasaraya tersebut, aku terus selubung vinna dengan gebo yang berharga RM30++ tanpa menghiraukan antenna radio. sekali esok pagi my wife buka selimut, antenna dh patah daaa...cian botul.
so so so, aku terpaksa beli antenna baru. aku memilih untuk memakai antenna yg lebih smart dan selamat iaitu kepunyaan kereta Proton Saga Blm. Sorry to say lah yer, Viva original punya mcm joran pancing jer...huhu
antenna BLM tu tak lah mahal sangat. harga mampu milik tuuuu. RM15 jer.
selepas menginstall antenna baru, aku terus ke kedai aksesori kereta yang ditetapkan oleh sales women untuk memasang tinted mirror mirror on the car.
pemasangan tinted sedang dijalankan. penapis filem yang dipilih ialah warna hitam 50% dengan dua lapisan supaya warna lebih tahan lama dan lebih kool dari mat kool walaupon cuaca panas terik menerik.
AMARAN! jangan hidupkan suis pemanas cermin selama dua minggu dan jangan turunkan cermin tingkap dalam masa tiga hari selepas penapis filem dipasang. maka tergendalalah rancangan aku untuk memasang sticker pada cermin. takut nanti penapis filem tu tak lekat dengan sempurna.
Alang-alang dah pegi kedai aksesori tu, aku suruh lah dia pasang sticker carbon untuk menceriakan vinna ku.
sementara tu aku survey sekali harga door visor ngan no plat.
kerja-kerja memasang stiker di lampu signal untuk lapisan kedua
inilah hasilnya. sticker carbon yang mengikut shape bumper senyum dan stiker kuning yang menutupi signal dan lampu reverse (they don't have orange sticker lorrr).
grill pon turut ditutup dengan sticker carbon supaya tampak berbeza dengan kereta lain.
oklah. sampai sini saje post untuk kali ini dimasa akan datang, akan ada update dari aku lagi...
tungguuuuuuu.........








This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..tu sticker carbon berapa d?
ReplyDelete2d,3d,5d?